Seminar Pengurusan Pengetahuan UPSI 2011
Berita Terkini
SEMINAR PENGURUSAN PENGETAHUAN UPSI 2011
PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI
Adalah dimaklumkan, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) bersama Pusat ICT dan Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI akan menganjurkan Seminar Pengurusan Pengetahuan 2011 (KM Seminar @ UPSI 2011) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang, MAMPU dan WNA System Innovation Sdn Bhd. seperti butiran berikut :
-
- Tarikh
- :
- 9 April 2011 (Sabtu)
- Masa
- :
- 8.00 pagi - 5.00 petang
- Lokasi
- :
- Dewan Persidangan
Bangunan E-Learning, UPSI
- Yuran penyertaan
- :
- Percuma
Seminar sehari yang diadakan secara percuma ini merupakan salah satu pendekatan yang strategik untuk meningkatkan perkongsian pengetahuan, peningkatan pengetahuan baru dan penyimpanan pengetahuan sesebuah organisasi melalui pembangunan modal insan yang berpengetahuan, kompeten dan pakar, serta membantu bagi mencapai kesinambungan operasi organisasi.
Di antara penceramah yang terlibat sepanjang seminar ini berlangsung adalah Profesor Dr. Peter Charles Woods (MMU), Dr. Mohamad Zainuddi Mat Taib (MAMPU), Haji Md Nazri Mohd Saad (UPSI), Profesor Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd (UMP) dan Haji Mohd Hussaini Morid (WNA System Innovation Sdn Bhd). Terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan selain dari ceramah dari penceramah jemputan, di antaranya forum yang akan dipengerusikan oleh Profesor Dr. Mohamad Ibrahim dan dialog serta pendaftaran kumpulan minat bersama pengurusan pengetahuan (KMSIG) di UPSI. Peserta seminar terdiri dari kalangan tenaga akademik dan sokongan, para penyelidik serta pelajar pasca siswazah UPSI.




