Piagam Pelanggan

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

  1. Menawarkan program pendidikan berkualiti yang holistik.
    - 80% kebolehpasaran graduan dalam tempoh 6 bulan
    - Semua program mendapat Akrediatasi MQA

  2. Menawarkan persekitaran pembelajaran dan prasarana yang kondusif.
    - 100% bilik pembelajaran dilengkapi dengan teknologi pendidikan dan berhawa dingin
    - 60% pelajar mendapat penginapan dalam kampus
    - 98% daripada kawasan pembelajaran mendapat capaian kemudahan wifi
    - 100% bahan bacaan dalam reading list disediakan di perpustakaan
    - Semua pelajar mendapat kemudahan riadah dan rekreasi
    - Semua pelajar disediakan kemudahan kesihatan dalam kampus

  3. Menyediakan staf akademik dan pentadbiran yang berkelayakan dan berkualiti.
    - 60% pensyarah memiliki PhD
    - 100% staf mencapai 42 jam jumlah mata CPD

  4. Memupuk budaya kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi.
    - Setiap pensyarah wajib menjalankan penyelidikandan dibantu untuk mendapatkan geran penyelidikan
    - 30% pensyarah menjadi Ketua Penyelidik

  5. Cadangan dan aduan rasmi diberi maklum balas dalam tempoh 1 hari bekerja.

  6. Memberi layanan mesra dan profesional.
    - 85% pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

  7. Komited dalam memberi khidmat masyarakat.
    - Bertindak segera terhadap bencana alam dalam tempoh 24 jam
    - Jumlah khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 10 kali penglibatan

 

VIDEO KORPORAT UPSI

[English Version]

Hubungi Kami

Bahagian Komunikasi Korporat

  • Alamat : Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Tel : +605 - 450 6000
  • Emel : ccd@upsi.edu.my
  • Hotline : +605 - 450 6660/ 6661

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Transaksi Perkhidmatan Atas Talian | Soalan Lazim

Apa Kata Mereka?

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…