Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda

Pengambilan Pelajar

Bagi program peringkat Ijazah Sarjana Muda, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada kemasukan Semester Pertama (Julai) dan kemasukan Semester Kedua (Disember).

Bagi kemasukan Semester Pertama permohonan boleh dibuat terus melalui bahagian pengurusan kemasukan pelajar JPT (BPKP) di www.mohe.gov.my setelah iklan tawaran pengajian dikeluarkan melalui akhbar tempatan.Permohonan kemasukan boleh diajukan kepada :

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1 - 3, Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

Bagi kemasukan Semester Kedua permohonan boleh dibuat terus ke universiti ini berdasarkan iklan bagi program-program yang ditawarkan sahaja secara online di www.upsi.edu.my. Calon akan diberitahu tentang keputusan permohonannya sebaik sahaja urusan pengambilan selesai dilaksanakan. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui: -

Pejabat Pendaftar
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Tel: 605-450 6929 / 6932 / 6313 (Unit Kemasukan)

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan STPM(atau setaraf); STAM(atau setaraf); Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (atau setaraf); Diploma (atau setaraf) melalui pengajian selama 8 semester (4 tahun) bagi mereka yang memenuhi syarat seperti berikut

Lulus perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

Dan

Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (atau setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:


• Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

• Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran

atau

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Atau

Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50;


Dan

Mendapat sekurang-kurangnya C6 pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :

Matematik/Matematik Tambahan/ Matematik Kertas Julai

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Kemaskini terakhir 16-04-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia