Master / PHD
PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Siswazah kepada para pelajar lepasan ijazah. Dibawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.
PENGAJIAN SARJANA
- Mod A - Kerja Kursus dan Kertas Projek
- Mod B - Kerja Kursus dan Disertasi
- Mod C - Penyelidikan sepenuhnya
PENGAJIAN DOKTOR FALSAFAH
- Doktor Falsafah - Penyelidikan sepenuhnya
SENARAI KURSUS
Sila klik di sini(PDF) untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan bagi Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah.
KALENDAR AKADEMIK
Sila klik pada pautan dibawah untuk melihat kalendar akademik bagi Progam Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah. Kalendar Akademik
YURAN PENDAFTARAN
Kadar Yuran Pendaftaran Pengajian Tempatan
| Program | Bidang | Kadar |
|---|---|---|
| Sarjana |
Sains & Teknikal |
RM 460.00 (Semester 1 Sahaja) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 460.00 (Semester 1 Sahaja) | |
| Doktor Falsafah |
Sains & Teknikal | RM 460.00 (Semester 1 Sahaja) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 460.00 (Semester 1 Sahaja) |
Kadar Yuran Pendaftaran Pengajian Antarabangsa
| Program | Bidang | Kadar |
|---|---|---|
| Sarjana |
Sains & Teknikal |
RM 1,170.00 (Semester 1 Sahaja) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 1,170.00 (Semester 1 Sahaja) | |
| Doktor Falsafah |
Sains & Teknikal | RM 1,170.00 (Semester 1 Sahaja) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 1,170.00 (Semester 1 Sahaja) |
YURAN PENGAJIAN
Kadar Yuran Pengajian Tempatan
| Program | Bidang | Kadar |
|---|---|---|
| Sarjana |
Sains & Teknikal |
RM 5,180.00 (untuk 4 semester) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 4,780.00 (untuk 4 semester) | |
| Doktor Falsafah |
Sains & Teknikal | RM 12,460.00 (untuk 8 semester) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 11,660.00 (untuk 8 semester) |
Kadar Yuran Pengajian Antarabangsa
| Program | Bidang | Kadar |
|---|---|---|
| Sarjana |
Sains & Teknikal |
RM 12,960.00 (untuk 4 semester) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 12,160.00 (untuk 4 semester) | |
| Doktor Falsafah |
Sains & Teknikal | RM 27 540.00 (untuk 6 semester) |
| Bukan Sains & Teknikal | RM 26,340.00 (untuk 6 semester) |
KEMASUKAN
KELAYAKAN MASUK KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH
IJAZAH SARJANA
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK 2.75 dan ke atas dari UPSI atau ijazah setaraf dari universiti lain yang diiktiraf oleh Senat UPSI;
• Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat; dan
• Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan
• Pelajar antarabangsa disyaratkan Lulus TOEFL 550 atau IELTS 6.0 kecuali pelajar yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu.
DOKTOR FALSAFAH
• Ijazah Sarjana daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris atau daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat atau kelayakan lain yang dinilai wajar serta diiktiraf oleh Senat; dan
• Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan. • Pelajar antarabangsa disyaratkan Lulus TOEFL 550 atau IELTS 6.0 kecuali pelajar yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu.
PERMOHONAN
CARA MEMOHON
Permohonan hanya boleh dibuat secara online di http://mysis.upsi.edu.my/postgrad/
Permohonan dibuka pada 23 OGOS 2010 sehingga 25 SEPTEMBER 2010.
Sila patuhi arahan yang telah dinyatakan bagi memastikan permohonan anda lengkap dan dipertimbangkan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
| Mod Pengajian | Kaedah | Tarikh Tutup |
|---|---|---|
| Sarjana Mod A | Kerja Kursus dan laporan projek | 25 September 2010 (Sabtu) |
| Sarjana Mod B | Kerja Kursus dan disertasi | 25 September 2010 (Sabtu) |
| Sarjana Mod C | Penyelidikan sepenuhnya | Sepanjang Tahun |
| Doktor Falsafah | Penyelidikan sepenuhnya | Sepanjang Tahun |
MAKLUMAT LANJUT
Institut Pengajian Siswazah
Aras 1, Blok C,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan
Telefon :05 - 450 5480/5481/5482/5511
Faks :05 - 459 4649
http://ips.upsi.edu.my




