Fakulti Seni & Muzik
Fakulti Seni dan Muzik telah ditubuhkan pada tahun 1997. Sehingga kini, fakulti menawarkan pelbagai program pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pendidikan, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah dalam pengkhususan bidang Muzik , Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pengajian Seni Halus, Pengajian Sejarah Seni, Pengajian
Budaya dan Etnomuzikologi. Fakulti sentiasa komited dalam membangunkan ilmu pengetahuan menerusi pengajaran & pembelajaran, penerbitan, penyelidikan, perundingan, dan khidmat masyarakat. Setiap program telah direka bentuk untuk membolehkan pelajar menguasai dengan baik bidang pengkhususan yang diikuti. Bidang-bidang pengkhususan Sarjana Muda yang ditawarkan ialah bidang Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Komunikasi Visual, dan Pendidikan Kemahiran Hidup. Adalah menjadi matlamat utama fakulti ini melahirkan graduan yang dapat menghargai dan menyanjung tinggi warisan dan budaya kesenian negara serta menjadi penggerak aktiviti sosial dan kebudayaan dalam masyarakat.
Antara pencapaian Fakulti ialah menghidupkan semula genre seni persembahan Teater Bangsawan menerusi Pementasan Bangsawan Puteri Sakdong manakala Jabatan Muzik pernah memenangi tempat kedua dan ketiga dalam Pertandingan Wind Orkestra antara IPT. Fakulti Seni dan Muzik pernah mengadakan persembahan muzik tradisi Malaysia di Persidangan Youth Euro–Arts Festival di Blougrouvegrad, Bulgaria pada Tahun 2007.
TAWARAN PROGRAM
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik)
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni)
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni Komunikasi Visual)
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup)
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian)
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga)
Minor
- Minor Teater Dalam Pendidikan
- Minor Pendidikan Seni Tari
Tempoh pengajian : 8 Semester (4 tahun) secara teori dan amali.
Program Sarjana & Doktor Falsafah
- Sarjana Pendidikan (Seni)
- Sarjana Pendidikan (Muzik)
- Sarjana Seni (Seni Halus, Sejarah Seni, Kraf, Rekabentuk, Komunikasi Visual, Budaya, Ethnomusicology, Popular Music
- Sarjana Muzik (Composition, Improvisation, Performance)
- Doktor Falsafah (Pendidikan Seni)
- Doktor Falsafah (Pendidikan Muzik)
- Doktor Falsafah (Seni Halus, Sejarah Seni, Budaya, Ethnomusicology)
Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
- Pendidikan Seni (UPSI)
- Pendidikan Seni (Kolej Politek MARA)
- Pendidikan Teknikal (Politeknik Sultan Azlan Shah)
- Pendidikan Kemahiran Hidup (Kolej Politek MARA)
PROSPEK KERJAYA
Peluang kerjaya adalah terbuka dalam pelbagai bidang iaitu:
- Pemuzik
- Pereka
- Pereka Animasi
- Pereka Grafik
- Pereka Laman Web
- Pengarah Seni dan lain-lain jawatan yang berkaitan
INFORMASI
Dekan
Dr. Mohd Hassan bin Abdullah
Tel: +605-4506692
Emel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Timbalan Dekan (Akademik)
Dr. Abdul Halim bin Husain
Tel: +605-4506705 / 6702
Emel :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Timbalan Dekan (Pasca Siswazah & Penyelidikan)
Dr. Md. Nasir b. Ibrahim
Tel: Tel: +605-4506706 / 6702
Emel :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Penolong Pendaftar
Mohd Feizal bin Md Shariff
Tel: +605-4506711 / 6702
Emel :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Ketua, Jabatan Seni
Dr. Mohd Johari b. Ab. Hamid
Tel: +605-4506767 / 6717
Emel :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Ketua, Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Prof. Madya Dr. Ahmad b. Mohamad Shariff
Tel: +605-4506702
Emel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Ketua, Jabatan Muzik
YM. Raja Azuan Nahar bin Raja Adnan
Tel: +605-4506697 / 6726
Emel :
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
JABATAN
- Seni
- Muzik
MAKLUMAT LANJUT
Fakulti Seni & Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak, Malaysia.
Tel : +605-4506702 / 6704 / 6711
Faks: +605-4583602
Laman web: http://fsm.upsi.edu.my






