Falsafah

Menginsafi Bahawa

Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah sekadar menguruskan program-program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, iaitu mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara ataupun tersirat ;

Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan kepada kesinambungan sebuah tradisi pendidikan perguruan yang berusia lebih lapan dekad dengan kebitaraan dan kecemerlangannya yang tersendiri ;

UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam sejarah bangsa dari segi sumbangannya bagi tempoh hampir satu abad, hendaklah juga menginsafi hakikat yang ia harus terus hidup dalam seni perubahan yang semakin pesat dalam era ini.

Maka

Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajarnya malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri - memiliki ciri-ciri berikut :

  • Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan pengetahuan, kebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan bertatalaku mulia ;
  • Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat dan liberal serta bersifat celik budaya, celik agama dan celik global.

Matlamat terakhir UPSI adalah menjadikan anggota masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya, berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.

Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas KEIMANAN, KEILMUAN, KEBUDIDAYAAN, KETAMADUNAN, KEMANUSIAAN, KEMASYARAKATAN dan KENEGARAAN. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan KECEMERLANGAN dalam setiap bidang aktivitinya.

 

   
 
  

VIDEO KORPORAT UPSI

[English Version]

Hubungi Kami

Bahagian Komunikasi Korporat

  • Alamat : Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Tel : +605 - 450 6000
  • Emel : ccd@upsi.edu.my
  • Hotline : +605 - 450 6660/ 6661

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Transaksi Perkhidmatan Atas Talian | Soalan Lazim

Apa Kata Mereka?

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…