PERPUSTAKAAN |

22 Mac 2015 Author :  

Perpustakaan Tuanku Bainun

Mendapat pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001 : 2000 pada tahun 2002. Ia dilengkapi dengan 343,897 naskhah buku serta koleksi bacaan rujukan dan 3,522,356 sumber elektronik yang menyokong proses pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan pensyarah dan mahasiswa di universiti. Selain itu, terdapat talian siber layan diri untuk pinjaman bahan, perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan serta perkhidmatan pangkalan data atas talian.

Kemudahan Online Public Access Catalogue (OPAC) dan OCLC Worldcat Discovery disediakan untuk pencarian bahan bacaan perpustakaan, buku elektronik, jurnal elektronik serta pencarian artikel-artikel jurnal dalam pangkalan data atas talian. Prasarana khusus untuk pelajar pasca siswazah disediakan bagi membantu pembelajaran dengan kemudahan teknologi maklumat terkini dan bahan rujukan yang diperlukan. Perpustakaan juga menyediakan Knowledge Cafe di Aras 1 yang berkonsepkan  Student Learning Commons bagi kemudahan perbincangan, membuat tugasan dan melayari internet.

 

Perpustakaan Tuanku Bainun
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak , Malaysia.
Tel : +605-450 6832/6802/6797/6779
Faks : +605-458 1599
Laman Sesawang : http://pustaka.upsi.edu.my

   
 
  

VIDEO KORPORAT UPSI

[English Version]

Apa Kata Mereka?

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…