Fakulti Seni & Muzik

pic_fakulti_senimuzik_1Fakulti Seni dan Muzik telah ditubuhkan pada tahun 1997. Sehingga kini, fakulti menawarkan pelbagai program pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pendidikan, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah dalam pengkhususan bidang Muzik , Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pengajian Seni Halus, Pengajian Sejarah Seni, Pengajian
Budaya dan Etnomuzikologi. Fakulti sentiasa komited dalam membangunkan ilmu pengetahuan menerusi pengajaran & pembelajaran, penerbitan, penyelidikan, perundingan, dan khidmat masyarakat. Setiap program telah direka bentuk untuk membolehkan pelajar menguasai dengan baik bidang pengkhususan yang diikuti. Bidang-bidang pengkhususan Sarjana Muda yang ditawarkan ialah bidang Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Komunikasi Visual, dan Pendidikan Kemahiran Hidup. Adalah menjadi matlamat utama fakulti ini melahirkan graduan yang dapat menghargai dan menyanjung tinggi warisan dan budaya kesenian negara serta menjadi penggerak aktiviti sosial dan kebudayaan dalam masyarakat.

Antara pencapaian Fakulti ialah menghidupkan semula genre seni persembahan Teater Bangsawan menerusi Pementasan Bangsawan Puteri Sakdong manakala Jabatan Muzik pernah memenangi tempat kedua dan ketiga dalam Pertandingan Wind Orkestra antara IPT. Fakulti Seni dan Muzik pernah mengadakan persembahan muzik tradisi Malaysia di Persidangan Youth Euro–Arts Festival di Blougrouvegrad, Bulgaria pada Tahun 2007.

TAWARAN PROGRAM

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

Minor

  • Minor Teater Dalam Pendidikan
  • Minor Pendidikan Seni Tari

Tempoh pengajian : 8 Semester (4 tahun) secara teori dan amali.

Program Sarjana & Doktor Falsafah

  • Sarjana Pendidikan (Seni)
  • Sarjana Pendidikan (Muzik)
  • Sarjana Seni (Seni Halus, Sejarah Seni, Kraf, Rekabentuk, Komunikasi Visual, Budaya, Ethnomusicology, Popular Music
  • Sarjana Muzik (Composition, Improvisation, Performance)
  • Doktor Falsafah (Pendidikan Seni)
  • Doktor Falsafah (Pendidikan Muzik)
  • Doktor Falsafah (Seni Halus, Sejarah Seni, Budaya, Ethnomusicology)

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

  • Pendidikan Seni (UPSI)
  • Pendidikan Seni (Kolej Politek MARA)
  • Pendidikan Teknikal (Politeknik Sultan Azlan Shah)
  • Pendidikan Kemahiran Hidup (Kolej Politek MARA)

PROSPEK KERJAYA

Peluang kerjaya adalah terbuka dalam pelbagai bidang iaitu:

  • Pemuzik
  • Pereka
  • Pereka Animasi
  • Pereka Grafik
  • Pereka Laman Web
  • Pengarah Seni dan lain-lain jawatan yang berkaitan

INFORMASI

Dekan
Dr. Mohd Hassan bin Abdullah
Tel: +605-4506692
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Timbalan Dekan (Akademik)
Dr. Abdul Halim bin Husain
Tel: +605-4506705 / 6702
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Timbalan Dekan (Pasca Siswazah & Penyelidikan)
Dr. Md. Nasir b. Ibrahim
Tel: Tel: +605-4506706 / 6702
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Penolong Pendaftar
Mohd Feizal bin Md Shariff
Tel: +605-4506711 / 6702
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Ketua, Jabatan Seni
Dr. Mohd Johari b. Ab. Hamid
Tel: +605-4506767 / 6717
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Ketua, Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Prof. Madya Dr. Ahmad b. Mohamad Shariff
Tel: +605-4506702
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Ketua, Jabatan Muzik
YM. Raja Azuan Nahar bin Raja Adnan
Tel: +605-4506697 / 6726
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

JABATAN

  • Seni
  • Muzik

MAKLUMAT LANJUT

Fakulti Seni & Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak, Malaysia.
Tel : +605-4506702 / 6704 / 6711
Faks: +605-4583602
Laman web: http://fsm.upsi.edu.my

Kemaskini terakhir 17-04-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia