JoomlaTemplates.me by HostMonster Reviews

Program Jelajah IPT Beri Penerangan Isu Semasa

Kategori: Berita Terkini Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016

UPSI, 11 Mei 2016 - Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Mahasiswa Jabatan Pendidikan Tinggi turun padang untuk memberi penerangan kepada warga UPSI berkaitan dengan isu semasa negara.

    jelajah ipt 2    

Majlis yang diadakan di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah dihadiri lebih 300 orang pimpinan mahasiswa. Program berbentuk interaksi dua hala itu, memberi peluang kepada mahasiswa mendapat penerangan daripada pihak kerajaan dan bertanyakan soalan tentang isu semasa dan dasar-dasar negara.

    jelajah ipt 2    


Sesi penerangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Shahlan Ismail. Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Sopian Bujang, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Tim. Naib Canselor (HEPA) ACP(K), Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar, Tim. Naib Canselor (Akademik&Antarabangsa), Prof. Dr. Sahandri Gani Hamzah, Pendaftar, En Mohd Faizi Othman dan pegawai-pegawai kanan universiti.

 

Bahagian Komunikasi Korporat
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hit: 18

Staf & Pelajar

           
   directory icon   feedback 2 new  



Pelawat

   hotel 2
   feedback 2 new

 

Tender

  
 

Kerjaya

 

UPSI Offshore Office (China)

offshore china office upsi small

Pelan Strategik UPSI


Seminar / Konferen

 
 
 

Data Mikro