Program Diploma

PENGAJIAN DIPLOMA

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Diploma kepada para pelajar lepasan SPM. Dibawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.

SENARAI KURSUS

Sila klik pada menu pautan dibawah untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan bagi Pengajian Diploma mengikut fakulti. [Brosur]

SYARAT AM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

SYARAT KHAS KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA (*MENGIKUT PROGRAM)

Diploma Bahasa Inggeris (Calon Sains dan Sastera)

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 4B/Gred B dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM;

dan Lulus Ujian Khas.


Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (Calon Sains dan Sastera)

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Diploma Keusahawanan (Calon Sastera)

Memenuhi syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian Gred C/6C dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut di peringkat SPM :

1. Perdagangan
2. Ekonomi Asas
3. Prinsip Akaun
4. Keusahawanan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM.

Diploma Muzik (Calon Sains dan Sastera)

Memenuhi Syarat Am dan

Lulus Ujian Khas dan temu duga.


Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan (Calon Sains dan Sastera)

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian 6C/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM :


1. Matematik dan
2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/ Sains/Kimia/Fizik atau ;
3. Salah satu (1) subjek Kejuruteraan:
    a. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
    b. Pengajian Kejuruteraan Awam;
    c. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    d. Teknologi Kejuruteraan

dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.


Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian 6C/Gred C dalam mata pelajaran berikut pada peringkat SPM :

  1. Matematik dan
    2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi/Produksi Multimedia/Grafik Berkomputer/ Sains/Kimia/Fizik atau ;
    3. Salah satu (1) subjek Kejuruteraan:
        a. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal;
        b. Pengajian Kejuruteraan Awam;
        c. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
        d. Teknologi Kejuruteraan

    dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris pada peringkat SPM


Diploma Sains

Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua  (2) mata pelajaran berikut SPM :

1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Lukisan Kejuruteraan
7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
8. Pengajian Kejuruteraan Awam
9. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

 dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Sains (Matematik)

Memenuhi Syarat Am dan

Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut pada peringkat SPM;

Matematik dan 

Fizik/Kimia/Biologi/Sains/Sains Tambahan dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Teknologi Makmal

Memenuhi Syarat Am dan

Mendapat sekurang-kurang 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran Matematik dan fizik/Kimia/Biologi dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

KALENDAR AKADEMIK

Sila klik pada pautan berikut untuk melihat kalendar akademik bagi Pengajian Diploma. [Kalendar Akademik]

YURAN PENGAJIAN

Kadar Yuran Pengajian Tempatan

Bidang

Kadar

Diploma Bahasa Inggeris
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Diploma Keusahawanan
Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)
Diploma Sains
Diploma Sains Matematik
Diploma Teknologi Makmal

RM 9595.30 (untuk 6 semester)

Diploma Muzik

RM 11303.30 (untuk 6 semester)

CARA MEMOHON

Calon Warganegara Malaysia

Pelajar-pelajar adalah dinasihati untuk memeriksa iklan-iklan dalam akhbar-akhbar utama Malaysia dan laman web Kementerian Pelajaran Tinggi serta laman web UPSI untuk kedua-dua pengambilan Jun dan November.

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi : http://upu.mohe.gov.my (KEMASUKAN JUN) dan aplikasi dalam talian Universiti Pendidikan Sultan Idris : http://www.upsi.edu.my/online (KEMASUKAN DISEMBER).

Pelajar-pelajar dikehendaki membeli :

UNIK ID DIPLOMA (ambilan Jun)
BITARA ID DIPLOMA (ambilan November)

ID tersebut boleh dibeli daripada Bank Simpanan National (BSN).

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN JUN

Tarikh Iklan : TELAH DITUTUP
Tarikh Permohonan : TELAH DITUTUP
Tarikh Tutup Permohonan : TELAH DITUTUP
Pautan Permohonan : http://upu.moe.gov.my/web/

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN DISEMBER

Tarikh Iklan : TELAH DITUTUP
Tarikh Permohonan : TELAH DITUTUP
Tarikh Tutup Permohonan : TELAH DITUTUP
Pautan Permohonan : http://www.upsi.edu.my/online

MAKLUMAT LANJUT

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Tel : +605-450 6929/6932/6313
Faks : 605-4582670
Laman Sesawang : http://akademik.upsi.edu.my

   
 
  

VIDEO KORPORAT UPSI

[English Version]

Hubungi Kami

Bahagian Komunikasi Korporat

  • Alamat : Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Tel : +605 - 450 6000
  • Emel : ccd@upsi.edu.my
  • Hotline : +605 - 450 6660/ 6661

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Transaksi Perkhidmatan Atas Talian | Soalan Lazim

Apa Kata Mereka?

Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…