INFO KESIHATAN | MAKLUMAN WABAK DENGGI

Kawasan Tanjung Malim sehingga Behrang Ulu telah diisytiharkan WABAK DENGGI termasuk kawasan UPSI.. kakitangan dan pelajar dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga terhadap gelombang wabak denggi ini.. lakukan pencegahan berikut untuk mengelakkan jangkitan denggi.
 

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
 
Sumber :
PUSAT KESIHATAN UPSI
05 – 450 5471 / 6672

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Newsletter