Jemputan Menyertai Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan 2011
Berita Terkini
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN ROBOCON PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI
Adalah dimaklumkan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan SIRIM Berhad (SIRIM) akan menganjurkan Pertandingan Robocon Peringkat Kebangsaan 2011. Pertandingan akan diadakan pada 13 - 18 Jun 2011 bertempat di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.
-
- Tarikh
- :
- 13 - 18 Jun 2011
- Lokasi
- :
- Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan
- Konsep dan Tema
- :
- Bunga Raya, Mekar
- Deposit Penyertaan
- :
- RM 500.00 setiap pasukan
*dibayar kepada SIRIM dan akan dikembalikan setelah tamat pertandingan
- Borang
- :
- [Muat turun / Download]
- Syarat Penyertaan
- :
- [Muat turun / Download]
- Tarikh Tutup
- :
- 31 Mac 2011 (Khamis)
- Laman Web
- :
- http://www.robofest.org.my
Kebiasaannya, pasukan yang memenangi pertandingan Peringkat Kebangsaan akan mewakili Malaysia ke Peringkat Antarabangsa 2011. Tetapi, pihak Jawatankuasa Induk telah memutuskan bahawa proses bagi pemilihan pasukan yang akan mewakili Malaysia di ABU Robocon 2011, Bangkok, Thailand adalah melalui proses bidaan. Ini berdasarkan pandangan daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa tema "Loy Krathong, Lighting Happiness" jelas bertentangan dengan akidah Islam.
Oleh yang demikian, pasukan yang ingin membuat bidaan untuk peringkat Antarabangsa tidak boleh diwakili oleh peserta yang beragama Islam.
Tarikh tutup penyertaan Pertandingan Peringkat Antarabangsa adalah pada 31 Mac 2011 (Khamis).




