Cokmar

Cokmar yang asalnya merupakan alat senjata diubah bentuknya menjadi sebuah alat lambang kebesaran dan kuasa. Catatan sejarah menunjukkan bahawa pada 19 Mac 1952, Majlis Raja-Raja telah menghadiahkan sebuah cokmar kepada Majlis Perundangan. Ekoran dari itu wujudlah cokmar negeri-negeri serta institusi pengajian tinggi yang menjadi lambang kuasa penganugerahan ijazah.

Memandangkan pentingnya cokmar, pada 18 Disember 1998, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menempah sebuah cokmar yang diperbuat daripada Perak Sterling (p25ag) berukuran 22G (gauge) tebal dan 105sm panjang.

Cokmar lambang kebesaran Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah limpah kurnia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersempena dengan Istiadat Perlantikan Canselor Pertama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun di Istiadat Konvokesyen Pertama pada 4 Disember 1999.

Cokmar ini lazimnya digunakan di majlis-majlis rasmi Universiti seperti Istiadat Konvokesyen dan majlis-majlis khas yang dipengerusikan oleh Canselor Universiti sendiri. Cokmar ini menandakan kebesaran kuasa Canselor sebagai Ketua Universiti.

Obor, bahagian puncak cokmar mencitrakan peranan Universiti ini menyinarkan cahaya menerangi tamadun ilmu di rantau ini. Dibawah obor itu tertulis nama Universiti dalam bahasa jawi.

Pada bahagian kepala cokmar itu diukir lambang jata negara Malaysia yang mencerminkan bahawa institusi ini adalah milik negara kerajaan Persekutuan, dan lambang Universiti untuk menjelaskan identiti dan fungsinya. Di bahagian bawahnya terukir motif-motif mata pena yang melambangkan Universiti ini mengamalkan pemikiran intelek dan budaya menyelidik ilmu dan mencari kebenaran.

Batang cokmar pula terbahagi kepada 3 bahagian ; mencerminkan tiga peringkat pengajian yang diamalkan dinegara ini - rendah, menengah dan Universiti, dan melambangkan tiga tahap pengajaran di Universiti ini, iaitu ijazah pertama, kedua dan ketiga. Pada batang cokmar itu juga terlukis motif bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan kita.

Batil, bahagian bawah cokmar yang dihias ukiran awan larat menjulang ke atas melambangkan hasrat Universiti ini untuk terus berkembang maju menyebarkan ilmu pengetahuan disamping menjunjung nilai tradisi dan kepercayaan kita kepada Yang Maha Esa.

Kemaskini terakhir 31-08-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia