Falsafah


Menginsafi Bahawa

Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah sekadar menguruskan program-program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, iaitu mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara ataupun tersirat ;

Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan kepada kesinambungan sebuah tradisi pendidikan perguruan yang berusia lebih lapan dekad dengan kebitaraan dan kecemerlangannya yang tersendiri ;

UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam sejarah bangsa dari segi sumbangannya bagi tempoh hampir satu abad, hendaklah juga menginsafi hakikat yang ia harus terus hidup dalam seni perubahan yang semakin pesat dalam era ini.

Maka

Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajarnya malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri - memiliki ciri-ciri berikut :

  • Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan pengetahuan, kebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan bertatalaku mulia ;
  • Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat dan liberal serta bersifat celik budaya, celik agama dan celik global.

Matlamat terakhir UPSI adalah menjadikan anggota masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya, berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.

Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas KEIMANAN, KEILMUAN, KEBUDIDAYAAN, KETAMADUNAN, KEMANUSIAAN, KEMASYARAKATAN dan KENEGARAAN. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan KECEMERLANGAN dalam setiap bidang aktivitinya.

Kemaskini terakhir 22-08-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia