Diploma

PENGAJIAN DIPLOMA

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Diploma kepada para pelajar lepasan SPM. Dibawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.

SENARAI KURSUS

Sila klik pada menu pautan dibawah untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan bagi Pengajian Diploma.

SYARAT AM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

SYARAT KHAS KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA

Diploma Bahasa Inggeris

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 5C/Gred C+dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

Diploma Muzik

Memenuhi Syarat Am dan
Lulus Ujian Khas dan temu duga.

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM

Diploma Sains

Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua  (2) mata pelajaran berikut SPM :

1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Lukisan Kejuruteraan
7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
8. Pengajian Kejuruteraan Awam
9. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

 dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Sains (Matematik)

Memenuhi Syarat Am dan

Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Teknologi Makmal

Memenuhi Syarat Am dan

Mendapat sekurang-kurang 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran Matematik dan fizik/Kimia/Biologi dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

KALENDAR AKADEMIK

Sila klik pada pautan dibawah untuk melihat kalendar akademik bagi Pengajian Diploma. Kalendar Akademik

YURAN PENGAJIAN

Kadar Yuran Pengajian Tempatan

BidangKadar
Sains & Teknikal RM - (untuk 3 semester)
Bukan Sains & Teknikal RM - (untuk 3 semester)

PERMOHONAN

CARA MEMOHON

Calon Warganegara Malaysia

Pelajar-pelajar adalah dinasihati untuk memeriksa iklan-iklan dalam akhbar-akhbar utama Malaysia dan laman web Kementerian Pelajaran Tinggi serta laman web UPSI untuk kedua-dua pengambilan Jun dan November.

Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi : http://upu.mohe.gov.my (ambilan Jun) dan aplikasi dalam talian Universiti Pendidikan Sultan Idris : http://www.upsi.edu.my/online (ambilan November).

Pelajar-pelajar dikehendaki membeli :

UNIK ID DIPLOMA (ambilan Jun)
BITARA ID DIPLOMA (ambilan November)

ID tersebut boleh dibeli daripada Bank Simpanan National (BSN).

IKLAN PERMOHONAN

Tarikh Iklan : 9 - 23 SEPTEMBER 2013

iklan2013sept_Diploma
Sila klik pada imej untuk paparan lebih besar.

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh Iklan : 8 SEPTEMBER 2013
Tarikh Permohonan : 9 - 23 SEPTEMBER 2013
Tarikh tutup permohonan : 24 SEPTEMBER 2013 (TELAH DITUTUP)

MAKLUMAT LANJUT

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Tel : +605-450 6929/6932/6313
Faks : 605-4582670
Laman Sesawang : http://akademik.upsi.edu.my

Kemaskini terakhir 25-10-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia