Jabatan/Bahagian

pic_utama_no15 Berikut adalah senarai Jabatan dan Bahagian yang terdapat didalam UPSI. Antara jabatan dan bahagian yang ada adalah Bahagian Akademik, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftaran yang terbahagi kepada empat unit iaitu Unit Pengangkutan, Unit Perundangan dan Tatatertib, Unit Keselamatan, dan Bahagian Govenan.

SENARAI JABATAN DAN BAHAGIAN

MAKLUMAT LANJUT JABATAN DAN BAHAGIAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Bahagian Akademik telah ditubuhkan pada tahun 1998 dibawah Pejabat Pendaftar. Bahagian ini mempunyai 7 unit iaitu Unit Kemasukan, Unit Pendaftaran, Unit Peperiksaan, Unit Pengijazahan, Unit Senat/Pentadbiran, Kewangan dan Kualiti, Unit Pembangunan dan Perancangan Akademik dan Unit Sistem Maklumat dan Rekod.

pengenalan lawat laman

Bahagian Komunikasi Korporat

Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI menjalankan tugas-tugas perhubungan universiti bersama agensi media dan institusi yang aktif dalam dunia pendidikan di luar dan dalam negara. Matlamat utamanya adalah untuk mempromosikan serta merangsang penjenamaan program-program universiti secara meluas disamping meningkatkan imej korporat universiti di peringkat global.

Dalam melalui berbagai perkembangan yang sedang berlaku di dunia, mengharungi tuntutan dunia globalisasi memerlukan kepada usaha pembaharuan dalam pelbagai isu dalaman universiti. Bahagian ini juga merupakan penghubung jentera universiti dengan perkembangan semasa dunia antarabangsa dalam usaha meningkatkan serta memperkemaskan jentera universiti, memberi dan menyediakan prasarana terbaik terutama bagi bakal graduannya dari luar negara.

pengenalan lawat laman

Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Sumber Manusia adalah merupakan sebuah bahagian di bawah Jabatan Pendaftar yang diketuai oleh seorang Ketua Timbalan Pendaftar. Bahagian Sumber Manusia dibahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Perkhidmatan Am, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

pengenalan lawat laman

Jabatan Bendahari

Jabatan Bendahari merupakan jabatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pengurusan kewangan ke atas semua aktiviti utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sepertimana yang termaktub di dalam Bahagian V Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Badan berkanun 1960.

pengenalan lawat laman

Bahagian Govenan

Bahagian Govenan, Jabatan Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan di atas dasar berperanan sebagai nadi penggerak dan tonggak pentadbiran Universiti dalam perancangan, pembangunan serta pelaksanaan tadbir urus yang cemerlang selaras dengan visi dan misi Universiti.

pengenalan lawat laman

Jabatan Pengurusan Pembangunan Dan Harta Benda

Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) telah wujud seawal penubuhan UPSI. Pada awalnya JPPHB dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan terutamanya adalah untuk pengurusan dan pentadbiran pembangunan fizikal dan prasarana kampus termasuklah penyelenggaraannya. Pada 1 Mac 2002 Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda.

pengenalan lawat laman

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (JHEPA) diwujudkan bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada mahasiswa. Antara kemudahan yang disediakan ialah pusat kesihatan, kolej kediaman, kaunter bantuan ekspres kebajikan mahasiswa dan juga penyediaan penginapan bagi ibu bapa mahasiswa di Rumah Tamu Universiti.Perkhidmatan bas kampus luar universiti turut disediakan di samping kemudahan kafeteria, perkhidmatan dobi dan juga perkhidmatan kenderaan kecemasan (Ambulan).

Bahagian Perkhidmatan & Perumahan Pelajar menguruskan penempatan kampus kediaman mahasiswa di universiti. Bahagian ini juga memberi bantuan khidmat nasihat kepada mahasiswa yang menghadapi masalah tempat kediaman.Bahagian Pentadbiran & Kewangan dan Pembangunan Pelajar menyediakan khidmat kaunseling dan kerjaya di samping perhubungan alumni dan aktiviti kebudayaan bagi memenuhi keperluan mahasiswa. Khidmat perundangan turut disediakan untuk mahasiswa yang menghadapi kesukaran dalam hal perundangan terutama bagi pelajar luar negara.

pengenalan lawat laman

Bahagian Pembangunan Akademik Dan Kualiti

Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ) yang dulu dikenali sebagai Pusat Penjaminan Kualiti telah di naik taraf pada 1 Oktober 2008. Bahagian ini bertanggungjawab untuk membudayakan perkembangan ilmu dan kesarjanaan serta menghayati pengurusan berkualiti berteraskan nilai-nilai bitara.

Bahagian ini mempunyai beberapa unit dan peranan iaitu Unit Pembangunan Profesional dan Bakat (bertanggungjawab untuk membina, memantau dan menilai keberkesanan program di UPSI), Unit Penyelidikan Berfokus (Merancang kajian program penambahbaikan secara berterusan terhadap keberkesanan kaedah, sistem atau pendekatan pelaksanaan pengurusan hal ehwal akademik), Unit Pengurusan Kualiti bertanggungjawab untuk menguruskan aspek berkaitan penjaminan kualiti seperti MS ISO 9001:2008, MQA, penarafan UPSI, pelaksanaan Syarahan Malim, Kumpulan Inovatif & Kreatif dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Unit kewangan dan pentadbiran (merancang, memantau dan menganalisis pelaksanaan pelan pembangunan kakitangan).

pengenalan lawat laman

Muzium Pendidikan Nasional

Muzium Pendidikan Sultan Idris telah diilhamkan sejak tahun 1950an lagi. Pada masa itu muzium tersebut digelar muzium SITC, Muzium tersebut hanyalah muzium kecil yang hanya menyimpan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya masyarakat Tanjong Malim. Pada ogos 1986.

pengenalan lawat laman

Perpustakaan Tuanku Bainun

Perpustakaan Tuanku Bainun mendapat pengiktirafan pensijilan MS ISO 9001 : 2000 pada tahun 2002. Ia dilengkapi dengan lebih 222,000 judul buku dan lebih 300,000 koleksi bacaan rujukan yang menyokong proses pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan mahasiswa di universiti. Selain itu, terdapat talian siber layan diri untuk pinjaman bahan, perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan serta perkhidmatan pangkalan data atas talian.

Kemudahan Online Public Access Catalogue (OPAC) disediakan untuk pencarian bahan bacaan perpustakaan serta kemudahan pangkalan data atas talian untuk pencarian artikel-artikel jurnal. Prasarana khusus untuk pasca siswazah disediakan bagi membantu pembelajaran dengan kemudahan teknologi maklumat terkini dan perisian yang diperlukan dilengkapi bersama Student Learning Centre yang berkonsepkan thin client bagi kemudahan membuat tugasan dan melayari internet.

pengenalan lawat laman

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UPSI menjalankan tugas-tugas perhubungan universiti bersama agensi media dan institusi yang aktif dalam dunia pendidikan di luar negara. Matlamat utamanya adalah untuk mempromosikan serta merangsang penjenamaan program-program universiti secara meluas di samping meningkatkan imej korporat universiti di peringkat antarabangsa.

pengenalan lawat laman
Kemaskini terakhir 20-09-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia