Perpustakaan Tuanku Bainun

LATAR BELAKANG

pic_utama_no15Pada 1 Januari 1998 secara rasminya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil alih Perpustakaan Za'ba dari Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Perpustakaan yang diwarisi daripada Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) ini mula dikenali dengan nama Bilek Bachaan. Dua buah bilik di tingkat atas Bangunan Suluh Budiman iaitu Bilik Khir dan Bilik Dussek telah digunakan untuk tujuan tersebut. Selaras dengan penukaran nama SITC kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 sebuah bangunan perpustakaan yang menempatkan sumber rujukan pelajar kemudiannya telah didirikan di sisi jalan menuju ke bangunan Dewan Makan di bahagian belakang bangunan Suluh Budiman. Ia dinamakan Khutub Khanah MPSI.
Selaras dengan pertambahan program dan pelajar, keperluan terhadap perkhidmatan perpustakaan semakin bertambah. Sejak tahun 1998 universiti telah membelanjakan lebih dari RM20 juta untuk melengkapkan koleksi bahan perpustakaan. Ini tidak termasuk perabot, sistem keselamatan perpustakaan dan lain-lain peralatan yang berkaitan. Jumlah kakitangan juga telah meningkat dari 4 orang kakitangan pada awal 1998 menjadi 59 orang pada tahun 2005. Dari jumlah tersebut 17 orang merupakan kakitangan profesional yang terlatih dalam bidang kepustakawanan.
Pada tahun 1999 universiti telah meluluskan pembinaan sebuah bangunan baru perpustakaan dengan keluasan lantai sebanyak 13,063 meter persegi. Bangunan setinggi 5 tingkat yang dilengkapi dengan lift untuk pengguna ini, siap diduduki pada tahun 2003. Ia dilengkapi dengan segala kemudahan prasarana sebuah perpustakaan alaf baru. Di antara kelengkapan di bangunan tersebut ialah sebuah piazza pameran, kedai buku, ruang bacaan 24 jam, ruang bagasi, bilik perbincangan, auditorium, makmal latihan teknologi maklumat (IT), bilik mesyuarat, bilik tayangan, bilik fotokopi dan surau. Kemudahan lain seperti ruang bacaan serta ruang untuk menempatkan pelbagai jenis koleksi perpustakaan seperti koleksi monograf, terbitan bersiri dan multimedia juga tidak diabaikan.
Bagi meningkatkan perkhidmatan, bangunan perpustakaan kini dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terkini dan dirangkaikan dengan UPSINet. Perolehan satu Sistem Pengurusan Perpustakaan Bersepadu yang dikenali sebagai ILMU (Integrated Library Management Utility) yang bertaraf dunia siap dilaksanakan pada penghujung tahun 2002
›› Sila lawat laman rasmi perpustakaan untuk maklumat lanjut. Klik disini.

library

Semester
    • Isnin - Jumaat
      8:30 pagi - 11.00 malam
    • Sabtu
      9.00 pagi - 5.00 petang
    • Ahad
      10.00 pagi - 5:00 petang
      Cuti Umum
      Tutup

Cuti Semester
  • Isnin - Jumaat
    8:30 pagi - 7:00 petang
  • Sabtu
    10:00 pagi - 3:00 petang
  • Ahad & Cuti Umum
    Tutup

WebOPAC (Online Public Access Catalog)

lawat laman

WebOPAC merupakan platfom carian berasaskan web yang membolehkan pengguna membuat carian dan mengakses katalog perpustakaan. Pengguna juga boleh membuat tempahan bahan bagi bahan-bahan yang masih dalam pinjaman pengguna lain

Sumber-sumber Atas Talian (E-Jurnal, Pangkalan Data Atas Talian, NSTP eMedia dll.)

lawat laman

Ia merupakan gerbang maklumat anda. Mengandungi perkhidmatan atas talian seperti akses kepada e-jurnal, pangkalan data atas talian, bahan-bahan baru dalam koleksi perpustakaan dan lain-lain lagi perkhidmatan.

MYTO : Malaysian Theses Online

lawat laman

Merupakan himpunan senarai-senarai tesis daripada institusi pengajian tinggi awam dan juga beberapa institusi pengajian tinggi swasta terpilih di Malaysia.

MyULIS : Malaysian Union List of Serials IPTA/IPTS

lawat laman

Merupakan portal yang menyenaraikan tajuk-tajuk terbitan bersiri yang dilanggan oleh perpustakaan universiti di Malaysia.

Koleksi Digital UPSI

lawat laman

Koleksi Digital UPSI adalah sebahagian daripada inisiatif-inisiatif pengurusan ilmu di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI yang menekankan tentang kandungan digital dokumen terpilih seperti Kertas Kajian, Tesis, Kertas Peperiksaan, Kertas Prosiding and Koleksi Anak Kandung. Kesemua dokumen akses adalah secara percuma.

i-SYS(Capaian Intranet UPSI sahaja)

lawat laman

Memperkenalkan pangkalan data yang mengandungi indeks kepada artikel yang diterbitkan di dalam jurnal, majalah, surat khabar dan prosiding yang terdapat di dalam koleksi Perpustakaan Tuanku Bainun. Sila klik untuk keterangan lanjut.

MAKLUMAT LANJUT

Perpustakaan Tuanku Bainun
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon :605-4506796
Faks : 605-4581599
http://pustaka.upsi.edu.my

Kemaskini terakhir 14-07-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia