Pusat/Institusi

pusat institusiDari Perniagaan hingga ke Seni, Bahasa hingga ke Sains dan Teknologi, sesungguhnya kerjaya anda boleh diteruskan dengan kami di UPSI. Kami menawarkan lebih 100 program untuk para mahasiswa, graduan, kedoktoran, dan ijazah khas melalui institut-institut kami. Layari pautan-pautan di bawah untuk sepintas gambaran pusat dan institut kami, dan kemudian anda boleh mengakses laman web institut berkenaan untuk maklumat yang lebih terperinci.

SENARAI PUSAT DAN INSTITUT

MAKLUMAT LANJUT PUSAT DAN INSTITUT

Institut Pengajian Siswazah

Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dahulunya dikenali sebagai Unit Pascasiswazah ditubuhkan sejak penubuhan UPSI pada tahun 1997. Pada tahun 2000, Unit Pascasiswazah telah dinaikkan taraf ke Pusat Pengajian Siswazah. Pada 1 Oktober 2005, ia dinaikkan taraf ke Institut Pengajian Siswazah bagi meningkatkan fungsi dan memenuhi keperluan mengembangkan Program Pengajian Siswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

pengenalan lawat laman

Institut Peradaban Melayu

Institut Peradaban Melayu ditubuhkan pada 12 Jun 2001. Ia bertujuan menjalankan serta menjana dan mengumpul ilmu mengenai peradaban Melayu. IPM sedang membina kepustakaan Melayu bagi menghimpunkan maklumat dan pengetahuan mengenai Peradaban Melayu. Koleksi Peradaban Melayu pada masa kini ditempatkan di Perpustakaan Tuanku Bainun.

Sebuah perpustakaan digital sedang dibangunkan di samping menjalankan penyelidikan melalui projek-projek penyelidikan yang ditaja ataupun melalui penyelidikan pelajar pasca siswazah. IPM sedang berusaha menghimpunkan para sarjana peradaban Melayu bagi menjalankan penyelidikan dan pengajaran bertujuan menyebarkan ilmu melalui Jurnal Peradaban Melayu, hasil penyelidikan, dan mengadakan siri seminar, wacana dan syarahan peradaban Melayu di mana bahan ini diterbitkan secara digital dalam talian internet.

pengenalan lawat laman

Pejabat Karang Mengarang (Penerbit Universiti)

Pejabat Karang Mengarang atau lebih dikenali sebagai Penerbit Universiti mula beroperasi secara rasminya pada 1 November 2001. Penubuhannya bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan semasa dan terkini kepada semua golongan masyarakat. Jabatan juga menerbitkan hasil penyelidikan warga universiti dalam bentuk buku akademik, jurnal dan sebagainya.

Selain itu, jabatan ini turut menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan bagi mereka yang berminat. Ini membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi dan ia dapat mengimarahkan budaya penulisan di kalangan warga universiti.

pengenalan lawat laman

Pusat Kesihatan

Pusat Kesihatan ini bertanggungjawab untuk memberikan kemudahan perubatan dan rawatan kesihatan yang optima kepada para pelajar Universiti. Pusat Kesihatan diterajui oleh Pegawai Perubatan UD48 serta di bantu oleh seorang Pegawai Perubatan UD47, seorang Pegawai Perubatan UD43 dan kakitangan paramedic serta staf kumpulan sokongan.

pengenalan lawat laman

Pusat Islam

Pusat Islam diwujudkan untuk merancang serta melaksanakan aktiviti dan program keagamaan ke arah mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam dalam usaha membina sahsiah dan jati diri masyarakat kampus. Untuk mencapai matlamat tersebut, pelbagai aktiviti diadakan dalam bentuk pendidikan berterusan antaranya seperti sambutan hari kebesaran Islam dan penganjuran seminar, kursus, bengkel, forum, diskusi ilmiah serta berbagai lagi aktiviti keagamaan dilaksanakan sepanjang tahun. Adalah menjadi harapan pusat ini agar nilai-nilai Islam yang universal sentiasa dihayati oleh setiap kakitangan dan pelajar demi melahirkan masyarakat kampus yang bertaqwa.

pengenalan lawat laman

Pusat Kokurikulum

Pusat Kokurikulum berusaha mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan aktiviti bukan akademik agar dapat melahirkan siswazah yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kegiatan kokurikulum merupakan agen penerapan ’Kemahiran Insaniah’. Pelajar akan didedahkan kepada aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pembentukan sahsiah diri, kemahiran berkomunikasi serta membuat keputusan.

Selaras dengan matlamat universiti, kegiatan kokurikulum mengimbangi kecemerlangan bidang akademik dengan bukan akademik. Sehingga kini, Pusat Kokurikulum mengendali 75 kursus yang melibatkan lebih kurang 4,500 orang pelajar dengan disokong oleh khidmat 65 orang tenaga pengajar dan 104 orang jurulatih.

pengenalan lawat laman

Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI)

Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PLMI) telah memulakan operasi sejak daripada tahun 1997 dan pada Oktober 2008. Unit ini telah diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti dan dikenali sebagai Unit Latihan Mengajar dan Jalinan Industri (PULAMI)

pengenalan lawat laman

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi merupakan pusat yang mengurus pembangunan dan pengkomersilan hasil penyelidikan bagi tujuan meneruskan kesinambungan setiap bidang penyelidikan di universiti ini. Ia bertujuan supaya warga universiti terus dinamik melahirkan faedah untuk masyarakat pada masa hadapan. Pusat ini berperanan sebagai Sekretariat Jawatankuasa Penyelidikan Universiti yang menyimpan segala hasil penyelidikan untuk dijadikan bahan keilmuan atau dikomersilkan bagi faedah setiap lapisan masyarakat.

pengenalan lawat laman

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC)

NCDRC dibangunkan di UPSI sebagai pusat rujukan kebangsaan bagi menjalankan penyelidikan-penyelidikan berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan kanak-kanak, penyelarasan isu-isu atau hal ehwal kanak-kanak Malaysia dalam pelbagai aspek. NCDRC juga bertanggungjawab mewujudkan pangkalan data kanak-kanak Malaysia dengan kerjasama pihak kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara langsung dengan mengetengahkan isu penjagaan kesihatan, kebajikan, pemakanan, perundangan, keselamatan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Sebagai pusat rujukan kepada negara, NCDRC berperanan membantu kerajaan memurnikan dan menggubal dasar-dasar baru yang bersesuaian dengan pengasuhan, kebajikan dan pendidikan awal kanak-kanak. NCDRC juga membantu merancang dan melaksanakan program-program pendidikan keibubapaan dan latihan untuk pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak. Pusat ini turut diberi kepercayaan untuk memantau perlaksanaan program perintis Pusat Anak Permata Negara (PAPN) kelolaan Jabatan Perdana Menteri yang kini sedang diperluaskan ke seluruh negara.

pengenalan lawat laman

Pusat Sukan

Pusat Sukan yang dilengkapi dengan kemudahan gimnasium merupakan pusat yang menyelaras program sukan bagi seluruh warga universiti. Ia turut menyediakan khidmat jurulatih untuk membantu perkembangan sukan dalam kalangan mahasiswa. Program sukan yang diwujudkan oleh pusat sukan ini tidak hanya bertujuan untuk mengasah bakat sukan bagi mewakili universiti dalam pertandingan pada peringkat negara dan antarabangsa, malahan dapat membina kemantapan serta semangat yakin diri mahasiswa dalam menempuh cabaran. Aktiviti sukan juga berjaya merapatkan hubungan seluruh warga universiti dengan masyarakat di luar universiti bagi memperkayakan nilai diri dan pengalaman kehidupan mahasiswa.

pengenalan lawat laman

Pusat ICT

Pusat ICT ditubuhkan pada 11 Jun 2001 sebagai pusat kecemerlangan yang bertanggungjawab untuk merancang dan menyediakan perkhidmatan ICT yang menyeluruh dan terancang bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), penyelidikan, pentadbiran dan pengurusan. Antara perkhidmatan utama Pusat ICT ialah menguruskan perkhidmatan rangkaian, pembangunan sistem maklumat bersepadu, penyediaan peralatan komputer dan notebook, khidmat penyelenggaraan dan baik pulih serta menganjurkan latihan ICT.

Pusat ICT beriltizam memacu pembangunan dan perkembangan ICT UPSI agar selari dan setanding dengan IPTA yang lain selaras dengan visi menjadikan UPSI sebuah universiti elektronik melalui penyediaan prasarana dan wahana ICT yang bitara di samping memaksimumkan penguasaan ICT dan membudayakan penggunaannya di seluruh universiti.

pengenalan lawat laman

Bahagian Audit Dalam

Bahagian Audit Dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UAD-UPSI) secara pentadbirannya diletakkan terus di bawah Naib Canselor manakala secara fungsinya bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Audit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jawatankuasa Audit Universiti terdiri daripada 3 orang ahli dan seorang setiausaha (Juruaudit Dalaman).

pengenalan lawat laman

Pusat Program Luar (PPL)

Pusat Program Luar (PPL) merupakan satu pusat yang menguruskan program khas bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Program Pensiswazahan Baru (Mode PJJ) bermula 1 April 2011. Pada mulanya PPL diletak di bawah pengurusan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Program ini telah dipindahkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Program Luar (PPL).

pengenalan lawat laman

Pusat Pembangunaan Keusahawanan dan Kepenggunaan

Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kepenggunaan (PPKK), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah distrukturkan semula dan dilancarkan pada 1 Mac 2011 di bawah Canselori. Sejarah pusat ini bermula dengan kelulusan penubuhannya pada 4 Ogos 2010 di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Fungsi khususnya adalah untuk melaksanakan program-program keusahawanan di peringkat Universiti supaya pelajar-pelajar bergiat aktif di dalam bidang keusahawanan.

Keusahawanan UPSI dengan disokong oleh Pengurusan Tertinggi Universiti yang signifikan untuk kejayaan hasrat kerajaan ini.

pengenalan lawat laman

Wellness Centre

Penubuhan Wellness Centre ini bermula daripada Klinik Kaunseling di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Penubuhan ini adalah sebagai satu alternatif sistem sokongan kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling daripada pensyarah-pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.Ianya ditubuhkan sejajar dengan keperluan pelajar yang meningkat pada tahun 2003 iaitu mencecah seramai 10,000 orang.

Pembangunan Klinik Kaunseling ini adalah diubahsuai berdasarkan kepada model Center of Counselling di Western Michigan University USA, yang meliputi jenis dan struktur bilik, perabot serta peralatan elektronik. Ianya direalisasikan hasil daripada satu lawatan kerja yang dilakukan oleh Puan Nazariah Abdul Samad ke Center tersebut di USA pada 18 Oktober 2002 hingga 1 November 2002.

pengenalan lawat laman

Pusat Perhubungan Alumni

Pusat Perhubungan Alumni Universiti ditubuhkan pada 6 Jun 2002, selaras dengan kewujudan pentadbiran alumni di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) . Pusat ini diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Pusat ini bertanggungjawab menyelaras, melaksana dan memantau setiap aktiviti yang melibatkan alumni di samping mengukuhkan hubungan dua hala yang berterusan di antara alumni dengan universiti. Pusat Perhubungan Alumni JHEPA meneruskan usaha meningkatkan kesedaran ahli terhadap peranan Ibu Kandung dalam membangunkan potensi diri ahli serta membantu UPSI ke arah kemajuan yang lebih membanggakan.

Portal Alumni : http://palumni.upsi.edu.my

pengenalan lawat laman

Makmal Penyelidikan Pendidikan

Makmal Penyelidikan Pendidikan UPSI ialah entiti yang ditubuhkan untuk memudahcara kolaborasi pembangunan dan penyelidikan berkaitan pendidikan antara ahli akademik dengan institusi pendidikan dan industri serta mewujudkan pendekatan dan strategi baharu dan inovatif yang boleh memberi kesan kepada pembangunan pendidikan negara dan antarabangsa.

pengenalan lawat laman

Kemaskini terakhir 24-07-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia