Alumni
BAHAGIAN ALUMNI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI
Bahagian Alumni Universiti ditubuhkan pada 6 Jun 2002, selaras dengan kewujudan pentadbiran alumni di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) . Bahagian ini diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni. Bahagian ini bertanggungjawab menyelaras, melaksana dan memantau setiap aktiviti yang melibat alumni di samping mengukuhkan hubungan dua hala yang berterusan di antara alumni dengan universiti. Pada peringkat awal penubuhan, pengurusan bahagian ini diletak di bawah tanggungjawab seorang Penolong Pendaftar dan seorang Pembantu Tadbir. Pada 1 Mac 2011, jawatan Penyelaras telah diwujudkan dan Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali telah dilantik sebagai Penyelaras Bahagian Alumni JHEPA yang pertama. Bahagian Alumni JHEPA meneruskan usaha meningkatkan kesedaran ahli terhadap peranan Ibu Kandung dalam membangunkan potensi diri ahli serta membantu membantu UPSI ke arah kemajuan yang lebih membanggakan.
MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Alumni,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan
Telefon :605-4505324 / 5325
Faks : 605-4583606
Laman Web : http://alumni.upsi.edu.my




