Kolej & Asrama

pic_utama_no4Universiti ini memiliki lima kolej kediaman khusus bagi memberi penginapan yang selesa kepada mahasiswa dan lengkap dengan kemudahan untuk melayari internet. Kolej kediaman tidak hanya menyediakan kemudahan penginapan tetapi juga menjadi dasar kolej kediaman universiti menggalakkan mahasiswa bergiat aktif dalam aktiviti kampus sama ada yang bersifat akademik ataupun tidak bagi memantapkan jati diri mahasiswa dalam ilmu kepimpinan, kesukanan, kesenian, kerohanian dan kemasyarakatan. Setiap kolej terdapat felo yang sentiasa memberi kerjasama kepada mahasiswa yang memerlukan apa jua bantuan dalam aktiviti yang ingin diadakan. Berikut adalah 5 Kolej Kediaman yang tersedia di UPSI.

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN



Kolej Harun Aminurrashid

Kolej ini terletak 1.7 kilometer dari bandar Tanjung Malim. Kolej ini menyediakan penginapan kepada lebih 2,700 orang mahasiswa. Berkonsepkan apartmen empat bilik dan setiap unit mampu memberi keselesaan kepada 8 orang mahasiswa. Ia turut menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh mahasiswa tahun pertama dalam menempuh cabaran kehidupan kampus.

[lawat laman]

Kolej Ungku Omar

Kolej ini terletak 5 km dari bandar Tanjong Malim. Ia mula beroperasi pada 21 November 2004. dan memberi kemudahan kepada lebih 1,200 orang mahasiswa. Ia berkonsepkan apartmen tiga bilik yang dilengkapi perabut yang memberi keselesaan kepada mahasiswa menjalani kehidupan kampus.

[lawat laman]

Kolej Aminuddin Baki

Kolej ini terletak 5 km dari bandar Tanjong Malim menyediakan kemudahan kepada lebih 1,500 orang mahasiswa. Kolej yang lebih dikenali sebagai ’Kampus Proton City’ ini siap dibina pada tahun 2000 menyediakan kemudahan Cyberkafe di samping bilik gerakan untuk pelajar merancang aktiviti kampus. Kolej ini turut dilengkapi dengan padang rekreasi untuk beriadah.

[lawat laman]

Kolej Za'ba

Kolej ini merupakan kembar kepada Kolej Aminuddin Baki. Ia ditubuhkan pada 1 Oktober 2002 selepas pentadbiran Kolej Aminuddin Baki dipisahkan daripada Kolej Za’ba. Dengan memiliki 5 buah blok asrama, kolej ini menyediakan kemudahan kepada 1,500 orang mahasiswa dengan keutamaan untuk siswi pengajian tahun pertama.

[lawat laman]

Kolej Kediaman Luar

Kolej kediaman luar diwujudkan bagi memenuhi keperluan jumlah mahasiswa yang semakin bertambah. Terdapat tujuh zon kawasan kediaman di sekitar bandar Tanjong Malim yang diselia oleh Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK). Tugas unit ini adalah untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga walaupun mereka menginap di luar kolej kediaman universiti. Antara kemudahan yang disediakan adalah pusat maklumat pelajar yang berperanan memberi maklumat terkini mengenai aktiviti kolej dan universiti. Khidmat penerimaan aduan pelajar juga disediakan bagi membantu mahasiswa yang menghadapi kesukaran di kediaman masing-masing. Terdapat 12 felo universiti yang sentiasa memantau perkembangan setiap zon kediaman luar bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar berada pada tahap terbaik serta mereka tidak ketinggalan dalam setiap aktiviti universiti.

[lawat laman]

Kemaskini terakhir 21-10-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia