Organisasi/Kelab
Berikut adalah senarai Organisasi Kelab yang terdapat di UPSI yang mempunyai 10 kelab. Organisasi Kelab tersebut adalah seperti di bawah.
SENARAI ORGANISASI DAN KELAB
Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS)
Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA)
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI)
Kesatuan kakitangan Sokongan (USIA)
Kelab Badminton Staf UPSI
Persatuan Alumni Suluh Budiman (ALUMNI)
Kelab Kanu UPSI (KANU)
Kolej Aminuddin Baki (KAB)
Kelab Bolasepak UPSI
PALAPES
MAKLUMAT LANJUT ORGANISASI DAN KELAB
Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS)
lawat lamanAdalah pasukan sukarela polis yang terdiri dari kalangan siswazah, yang dipercayai mampu membantu melahirkan graduan yang cemerlang dirinya terutamanya dari segi kompetensi, disiplin, dan bersahsiah tinggi, serta berdikari.
Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA)
lawat lamanPersatuan Kakitangan Akademik (PEKA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diasaskan oleh satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada 11 orang kakitangan akademik. Antara matlamat PEKA ditubuhkan adalah untuk menjaga dan mempertingkatkan kepentingan dan perhubungan silaturahim ahli-ahlinya serta sebagai kerjasama menyelaras tenaga dengan pihak-pihak Universiti, pusat-pusat pengajian tinggi, serta persatuan-persatuan akademik mengenai hal-hal berhubungan dengan pengekalan dan peningkatan mutu pengajaran, pembelajaran dan pendidikan negara.
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRESTASI)
lawat lamanPRESTASI merupakan persatuan yang ditubuhkan pada 31 Januari 2005. Ia masih bergerak aktif bagi memberi sumbangan kepada seluruh ahli bagi membawa suara hati ahli PRESTASI ke peringkat yang lebih tertinggi
Kesatuan Pegawai Am (KPA)
lawat lamanKesatuan Pegawai Am atau lebih dikenali sebagai KPA. KPA sebuah kesatuan yang mewakili hampir 723 orang kakitangan kumpulan sokongan I dan II di Universiti Pendidikan Sultan Idris. KPA berperanan dan bertanggungjawab sebagai perantara untuk menyampaikan segala masalah kerjaya, syarat-syarat perkhidmatan dan kebajikan ahli dengan pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang bermesyuarat 3 bulan sekali (4 tahun sekali)
Kelab Badminton Staf UPSI
lawat lamanKelab Badminton Staf UPSI ditubuhkan pada tahun 2000. Kelab ini ditubuhkan dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili staf UPSI dalam perlawanan-perlawanan persahabatan dan pertandingan. Kelab ini menyediakan pemain-pemain di kalangan staf untuk bertanding di Kejohanan Sukan Staf IPTA setiap tahun dan Sukan Persatuan Badan-badan Berkanun setiap 2 tahun sekali.
Persatuan Alumni Suluh Budiman (ALUMNI)
lawat lamanPersatuan Suluh Budiman ialah persatuan bekas pelajar SITC/MPSI yang telah bertukar nama dari Persatuan Bekas Pelajar MPSI(PBP-MPSI) yang ditubuhkan tahun 1962. Ia merupakan suatu mekanisma yang menjadi jambatan dua hala menghubungi bekas-bekas pelajar (alumni) SITC, MPSI, IPSI dan UPSI yang berada di seluruh pelosok tanahair dan juga di Republik Singapura dan Negara Brunei Darussalam dengan UPSI dan sebaliknya.
Kelab Kanu UPSI (KANU)
lawat lamanKelab Kanu UPSI adalah salah satu kelab sukan yang mencabar dan aktif dengan pelbagai aktiviti latihan serta pertandingan kayak di dalam UPSI dan turut menjemput penuntut-penuntut dari IPT lain menyertainya. Ia mendedahkan para siswazah kepada pelbagai disiplin sukan kanu yang lasak di samping memupuk jati diri penuntut tersebut.
Kolej Aminuddin Baki (KAB)
lawat lamanKolej Kediaman Aminuddin Baki (KAB) ditubuhkan pada tahun 2000, terletak di kawasan Behrang dan dahulunya dikenali sebagai Kolej Proton. KAB ditubuhkan bermatlamat untuk melaksanakan agenda pembangunan sahsiah siswa/siswi berlandaskan persekitaran yang konduktif, perkhidmatan yang berkualiti dan perlaksanaan aktiviti yang berdaya saing.
Kelab Bolasepak UPSI
lawat lamanKelab bolasepak ini adalah salah satu sukan yang mampu mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan lagi disamping dapat mengeratkan lagi persahabatan antara para penuntut UPSI dengan IPT lain menerusi pertandingan yang diadakan.
PALAPES
lawat lamanPasukan Latihan Pegawai Simpanan Tentera Darat (PALAPES) telah dirasmikan pada 3 April 2006. Wawasan pasukan PALAPES adalah bagi menjadi sebuah pasukan latihan pegawai simpanan yang kredibel dan berupaya melahirkan bakal pegawai sukarela tentera darat yang berkualiti di dalam bidang akademik dan ketenteraan.




