Praktikum
Praktikum adalah kemuncak kepada program pendidikan guru untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks sebenar di sekolah. Bermula kemasukan Sesi 2008 / 2009, pelajar akan menjalani latihan praktikum pada Semester 7 pengajian
PENGENALAN KE ALAM KERJAYA
Matlamat
- Melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar.
- Menyediakan peluang kepada Guru Pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat.
- Menyediakan peluang bagi Guru Pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI bagi membolehkan Guru Pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketrampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu :
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjalin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin”
Objektif
Program Praktikum UPSI bertujuan memberi peluang kepada Guru Pelatih untuk:
- mengamalkan kemahiran dalam merancang persediaan mengajar dan melaksanakan pengajaran;
- mempraktik pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran;
- memajukan pembelajaran Guru Pelatih dengan menyepadukan teori dan amali dalam situasi sebenar;
- mengalami suasana interaksi dengan anggota-anggota lain dalam komuniti khususnya di sekolah;
- membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai profesional keguruan;
- meningkatkan penilaian kendiri sebagai budaya kerja dalam profesion keguruan;
- mengaplikasikan kemahiran merancang dan menjalankan kegiatan ko- kurikulum untuk murid-murid;
- menambahkan pengalaman dan kecekapan untuk diterapkan di dalam bilik darjah.
Tempoh Praktikum
- Pelajar bukan bekas guru akan melalui tempoh selama 16 minggu.
- Pelajar Diploma Pendidikan akan melalui tempoh selama 12 minggu sahaja.
Penempatan
Penempatan sekolah ditentukan oleh Penyelaras di peringkat Fakulti tertakluk kepada lima (5) negeri yang ditetapkan oleh pihak Universiti iaitu Perak, Selangor / Kuala Lumpur, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Pendaftaran Penempatan
Pelajar diwajibkan untuk membuat pendaftaran kursus dengan Bahagian Akademik sebelum mendaftar penempatan di unit ini.
Hamil / Mengandung
Guru Pelatih yang akan menjalani latihan mengajar dan didapati hamil sebelum memulakan latihan mengajar, MESTILAH menagguhkan latihan mengajar.
MAKLUMAT LANJUT
Unit Latihan Mengajar dan Jalinan Industri
Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon :605-4506825/6826
Faks : 605-4585261
http://praktikum.upsi.edu.my




