Latihan Mengajar


Latihan Mengajar merupakan salah satu kursus yang menjadi sebahagian daripada syarat bergraduat bagi program Pendidikan di UPSI. Kursus ini menyediakan peluang bagi Guru Pelatih mempraktikkan segala pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI bagi membolehkan Guru Pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketerampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

PENGENALAN KE ALAM KERJAYA

Matlamat

  • Melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar.
  • Menyediakan peluang kepada Guru Pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat.
  • Menyediakan peluang bagi Guru Pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI bagi membolehkan Guru Pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketrampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu :
    “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjalin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin”

Objektif Latihan Mengajar

Latihan mengajar bertujuan memberi peluang kepada Guru Pelatih untuk :-

  • Mengorganisasi pengetahun dan kemahiran pengajaran pembelajaran;
  • Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pengajaran pembelajaran dalam konteks sebenar;
  • Mengenal pasti dan menilai masalah dalam pengajaran pembelajaran;
  • Mempamerkan pemikiran reflektif dan inovatif dalam pengajaran pembelajaran;
  • Mempamerkan sahsiah guru profesional;

Internship Kaunseling

Internship kaunseling merupakan kursus yang bermatlamatkan untuk melahirkan graduan yang berketerampilan dan mantap dari segi nilai, pengetahuan dan kemahiran asas dalam disiplin bimbingan dan kaunseling. Program ini bertujuan agar pelajar berupaya meningkatkan kualiti diri dan orang lain dalam mencapai kesejahteraan insan.

Objektif Internship Kaunseling

Semasa internship, kaunselor pelatih diharapkan dapat :-

  • mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bimbingan dan kaunseling secara pratikal di seting latihan
  • Menjalankan internship sesi kaunseling individu dan kelompok dan bimbingan individu dan kelompok dengan berkesan si seting latihan
  • menjalankan aktiviti pengurusan dalam perancangan, perlaksanaan dan penilaian program-program bimbingan dan kaunseling
  • mampu menganalisis kajian-kajian kes kaunseling serta menulis laporan mengenainya mengikut format yang ditetapkan
  • memperkembangkan sahsiah kaunselor pelatih dan mempertimbangkan profesionalism sebagai seorang kaunselor pelatih yang berwibawa.
  • mmm

Tempoh Praktikum

  • Pelajar bukan bekas guru akan melalui tempoh selama 16 minggu.
  • Pelajar Diploma Pendidikan akan melalui tempoh selama 12 minggu sahaja.

Penempatan

Penempatan sekolah ditentukan oleh Penyelaras di peringkat Fakulti tertakluk kepada lima (5) negeri yang ditetapkan oleh pihak Universiti iaitu Perak, Selangor / Kuala Lumpur, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pendaftaran Penempatan

Pelajar diwajibkan untuk membuat pendaftaran kursus dengan Bahagian Akademik sebelum mendaftar penempatan di unit ini.

Hamil / Mengandung

Guru Pelatih yang akan menjalani latihan mengajar dan didapati hamil sebelum memulakan latihan mengajar, MESTILAH menagguhkan latihan mengajar.

MAKLUMAT LANJUT

Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI)
Aras Bawah Blok 9,
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon :6015 - 4811 7210 / 7211
Faks : 6015- 4811 7290
E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Laman Web : http://praktikum.upsi.edu.my

Tarikh kemaskini : 14 Oktober 2014
Sumber : Pusat Latihan Mengajar dan Industri

Kemaskini terakhir 19-12-2014 © Hakcipta 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506917/6661)

9 7 6 5 4 3 3 Kementerian_Pendidikan_Malaysia