
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (Ph.D) di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
Bidang pengajian di bawah penajaan BYDPA ialah Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui http://esilav2.jpa.gov.my mulai 15 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2021 (Jumaat).
Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos ialah pada 9 April 2021 (Jumaat).
Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 – 8885 3879/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada penawaranldp@jpa.gov.my.
Related Posts
HOTLINE BARISAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SIDANG 2020/2021
AURORA TALK SERIES 5.0 “Leadership & Facilitation in Adventure Programming”
MAKLUMAN BERKENAAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (MOD CUTI SEKOLAH) FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA (FPM), UPSI
PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN UPUONLINE KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM BAGI SESI AKADEMIK 2021/2022
WEBINAR INTERNASIONAL MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS (SIRI 1)
Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2021