• Apa itu Universiti Pendidikan Sultan Idris?

    • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej kepada sebuah universiti. Agak menarik meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI telah melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957), era MPSI (1957 – 1987), dan era IPSI (21 Februari 1987 – April 1997). Tiga era ini juga memperlihat wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 dan 133 yang bertarikh 24 Februari 1997. Maklumat lanjut, sila rujuk Mengenai UPSI.

  • Dimanakah lokasi Universiti Pendidikan Sultan Idris?

    • UPSI terletak di bandar Tanjong Malim di dalam negeri Perak. Lebih kurang 70km (43.75 batu) ke utara Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Lokasinya ialah di sempadan negeri Perak dan Selangor yang dipisahkan oleh Sungai Bernam.

  • Dimana boleh saya dapatkan peta ke UPSI?

  • Siapakah Naib Canselor UPSI?

    • Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran
      Sila rujuk Naib Canselor

  • Berapa bilangan pelajar dan kakitangan di UPSI?

    • Maklumat lanjut mengenai bilangan pelajar dan staf boleh dicapai di Fakta & Angka.

  • Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran saya di UPSI. Apakah program pengajian yang ditawarkan di sini?

  • Sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak Universiti, apakah alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi?

    • Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak , Malaysia.
      Tel : +605-450 6000
      Emel : ccd@upsi.edu.my

  • Saya akan berkunjung ke UPSI tidak lama lagi. Adakah terdapat perkhidmatan awam untuk ke Tanjong Malim?

    • Terdapat beberapa jenis perkhidmatan bas awam ke Tanjong Malim iaitu bas henti-henti dan bas ekspres yang melalui Lebuhraya Utara Selatan, perkhidmatan Komuter antara Tanjong Malim ke Rawang, KL Sentral dan Seremban serta ETS (keretapi laju) untuk laluan Ipoh ke Kl Sentral. Seterusnya, boleh dapatkan perkhidmatan teksi untuk perjalanan dari stesen bas Tanjong Malim ke UPSI. Sila rujuk Pengangkutan.

  • Dimanakah saya boleh menginap di Tanjong Malim? Boleh cadangkan mana-mana hotel?

    • Terdapat beberapa hotel bajet di Tanjong Malim. Sila rujuk Hotel/Penginapan di Tanjong Malim

  • Bolehkah saya ingin mengajukan komen/cadangan pada laman web ini?

    • Ya, komen/cadangan adalah amat dialu-alukan. Sila layari Sistem e-Maklumbalas kami.

Newsletter