Seabad Komitmen Memacu Pendidikan dan Inovasi
Selamat datang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sebuah universiti pendidikan terulung di Malaysia dan salah satu institusi pengajian tinggi awam terkemuka negara. Sejak penubuhannya sebagai Kolej Latihan Sultan Idris (SITC) pada tahun 1922 dan seterusnya diangkat sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997, UPSI telah membina tradisi cemerlang dalam penyampaian pendidikan berkualiti di Malaysia, sekali gus melahirkan pendidik dan profesional dalam pelbagai disiplin.
Berlokasi di pekan tenang Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan, UPSI mengendalikan dua kampus utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAH), yang mengggabungkan warisan sejarah dengan aspirasi pendidikan bertaraf global. Program pendidikan UPSI yang menyeluruh, disokong oleh pengajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat masyarakat serta kerjasama antarabangsa, menjadi asas komitmen universiti dalam melahirkan modal insan berdaya saing.
Kami menjemput anda untuk bersama-sama komuniti UPSI yang dinamik dan menjadi sebahagian daripada warisan kecemerlangan pendidikan, sekali gus memperkasa pelajar sebagai pendidik dan pemimpin masa depan yang berwibawa.
TEROKAI
PROGRAM KAMI
MENGAPAKAH
MEMILIH KAMI?
UPSI menawarkan rangkaian program akademik yang pelbagai dan kemudahan terkini dalam suasana kampus yang aman tetapi dinamik, yang menyokong kecemerlangan akademik serta pembangunan peribadi. Perkaya pengalaman anda bagi melengkapkan diri dengan lebih baik untuk berjaya dalam dunia global masa kini.
PERJALANAN IMMERSIF UPSI
TONTON SEKARANG!
Terokai pengalaman UPSI dan ketahui sebab kami merupakan pilihan yang tepat untuk anda.
ALAMI SUASANA KAMPUS
EKSPLORASI KAMPUS 360 VR
Terokai kehidupan kampus UPSI dengan pengalaman lawatan maya VR yang baharu dan imersif.