Pusat Latihan Hospitaliti

Published on September 9, 2025 by admin

Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa dan moden dalam persekitaran yang tenang di Tanjung Malim. Reka bentuk  hotel adalah  untuk mengalu-alukan tetamu, pelawat dan rakan kongsi universiti. Di sini juga menyediakan akses mudah ke kampus UPSI sambil memastikan penginapan yang menyenangkan. Kemudahan  bilik yang serba lengkap, dan tempat bermesyuarat serta  layanan mesra, menyebabkan hotel ini  ialah pilihan yang ideal untuk persidangan, lawatan akademik, atau sekadar menikmati pesona bandar universiti.