Akan Datang: Pusat Kediaman Universiti & Komuniti
Pusat Kediaman Universiti & Komuniti (URCC) merupakan salah satu projek mega Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dibangunkan bagi menyediakan kemudahan penginapan bertaraf antarabangsa untuk para pelajar. Dilengkapi dengan rooftop café, dewan serbaguna, serta pelbagai kemudahan moden, kolej kediaman ini mampu menampung lebih daripada 2,500 orang pelajar, sekali gus menawarkan persekitaran pembelajaran dan kehidupan kampus yang selesa serta kondusif.