Program Perarakan Syukur Merdeka sempena Perhimpunan Bulanan UPSI Edisi Ogos 2026
Event Date : 19 August 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Perarakan Syukur Merdeka sempena Perhimpunan Bulanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Edisi Ogos 2026 anjuran Pusat Islam UPSI akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
π Masa: 8.00 pagi β 1.00 petang
π Tempat: Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI
π Pakaian: Bersesuaian dengan Tema Sambutan Maulidur Rasul & Sambutan Hari Kebangsaan
Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan warga universiti sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H dan Hari Kebangsaan 2026.
Sehubungan dengan itu, seluruh warga UPSI adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program ini sebagai tanda kebersamaan dan sokongan terhadap usaha memupuk nilai-nilai murni, perpaduan serta semangat cintakan agama dan negara.