Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 bakal menghimpunkan barisan pemuisi dan tokoh sastera dari dalam serta luar negara bagi menyemarakkan seni puisi, memperkaya khazanah bahasa dan mengangkat warisan budaya rumpun Melayu ke persada antarabangsa.

Antara tokoh yang bakal hadir termasuk Senator Dato’ Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, SN Dato’ Dr. Mohd Anuar Rethwan, Dato’ Aripin Said, Djazlan Zainal, Dr. Haji Zabidin Haji Ismail, Prof. Habib Zarbaliev, Dr. Shafa’atussara Silahuddin, Burhanudin Buang, Zhao Dan, Suhardi S. dan Muhammad Arief Abdul Razak.

Antara yang bakal memeriahkan festival ini ialah Dato’ Jamal Abdillah, Man Bai, Aris Ariwatan, Fedtri Yahya, Sabri Yunus, Ustazah Sharifah Khasif, Kopratasa, Senario, Khair Amar, Hidayah Halim, H. Hafiz dan A. Azerol, serta ramai lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertemuan tokoh puisi dan sastera yang bakal menghidupkan keindahan bahasa, menyuburkan apresiasi seni serta memperkukuh hubungan budaya merentas negara dan generasi.

📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Seri Manjung, Perak
🌿 Tema: Mengakar Budaya, Menjulang Warisan

Ayuh, bersama-sama menghayati keindahan puisi dan menjulang warisan budaya di PULARA 2026!