ISTIADAT PENTAULIAHAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-17 TAHUN 2026

Published on August 6, 2026 by admin

Event Date : 16 August 2026

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sukacitanya menjadi tuan rumah Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 Tahun 2026.

📅 Tarikh: 16 Ogos 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Majlis berprestij ini menghimpunkan kadet Kor SISPA dari Institusi Pendidikan Tinggi seluruh negara bagi meraikan pentauliahan mereka sebagai simbol komitmen, disiplin, kepimpinan dan kesediaan berbakti kepada masyarakat serta negara.

Semoga istiadat ini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai graduan yang berjiwa patriotik, berintegriti dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran demi kesejahteraan negara.