Program Perarakan Syukur Merdeka sempena Perhimpunan Bulanan UPSI Edisi Ogos 2026

Published on August 6, 2026 by admin

Event Date : 19 August 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Perarakan Syukur Merdeka sempena Perhimpunan Bulanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Edisi Ogos 2026 anjuran Pusat Islam UPSI akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI
πŸ‘” Pakaian: Bersesuaian dengan Tema Sambutan Maulidur Rasul & Sambutan Hari Kebangsaan

Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW serta menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan warga universiti sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H dan Hari Kebangsaan 2026.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga UPSI adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program ini sebagai tanda kebersamaan dan sokongan terhadap usaha memupuk nilai-nilai murni, perpaduan serta semangat cintakan agama dan negara.