Mengenai-Kami
1922 2025

SITC - MPSI - IPSI - UPSI

Tonggak Pendidikan sejak 1922

Peneraju Kebitaraan Pendidikan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang dibentuk secara unik oleh legasi pendidikan yang abadi, telah berkembang daripada sebuah maktab perguruan bersejarah kepada universiti pendidikan terulung di Malaysia. Menelusuri perjalanan transformasinya merentasi tiga era—SITC, MPSI, dan IPSI—sebelum secara rasmi dinaik taraf kepada status universiti pada tahun 1997, UPSI kini menawarkan pelbagai program bertaraf dunia merangkumi 10 fakulti, disokong oleh kampus moden serta persekitaran pembelajaran yang dinamik. Berteraskan tradisi yang kukuh dan berpandangan ke arah inovasi, UPSI terus memperkasa bakal pendidik, penyelidik, serta pemimpin kreatif yang membentuk kemajuan negara.

Falsafah

Menginsafi bahawa:

Pertama, fungsi sesebuah universiti bukanlah sekadar menguruskan program-program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara atau secara tersirat;

Matlamat Kami

Untuk mencapai misi di atas, universiti berazam dan beriltizam:

  • Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat, pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara;

Visi

Menjadi universiti yang bitara , cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

Misi

Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

Moto

Peneraju Kebitaraan Pendidikan

Nilai Bersama

integrity

Integriti

  • Boleh Dipercayai
  • Telus
  • Bertanggungjawab
  • Adil
professional

Profesional

  • Komited
  • Berpengetahuan
  • Kompeten
  • Beretika
team_spirit

Semangat Berpasukan

  • Bersatu
  • Fokus
  • Berhemah
  • Menghormati UPSI
client_oriented

Berpaksikan Pelanggan

  • Responsif
  • Proaktif
  • Ramah
  • Jaminan Kualiti
welfare_concern

Kebajikan

  • Ehsan
  • Kesyukuran
  • Persekitaran Konduktif
  • Peluang Tanpa Batas
creative_innovative

Kreatif & Innovatif

  • Berdaya Saing
  • Nilai Tambah
  • Penambahbaikan Berterusan
  • Kreatif dan Berdaya Usaha

Carta Organisasi

Sumber: Bahagian Governan | Berkuatkuasa mulai Julai 2026

flowchart

UPSI

Profil UPSI 2025

 

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ialah universiti awam berfokuskan pendidikan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai program pengajian prasiswazah dan pascasiswazah merangkumi bidang pendidikan, seni, sains, sukan, pengkomputeran, industri kreatif dan sains sosial. Dengan pendekatan multidisiplin yang kukuh, UPSI melahirkan graduan yang inovatif dan bersedia menghadapi masa depan. Ketahui lebih lanjut tentang fakulti, program serta kekuatan akademik UPSI dengan meneroka profil penuh UPSI.

UPSI Profile 2025

UPSI.